MINECRAFT EDUCATION: EKSPLORASI KATA ARAH

. Dalam sistem pendidikan masa kini, penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu amat ditekankan. Namun, didapati murid-murid masih menghadapi kekeliruan dan kesulitan dalam menggunakan kata arah dengan betul dan tepat. Justeru, objektif utama adalah untuk membolehkan murid-murid memahami serta mengenal pasti penggunaan kata arah yang tepat mengikut konteks. Oleh itu, inovasi digital “Eksplorasi Kata Arah” telah dihasilkan dengan menggunakan apalikasi Minecraft Education. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut: Pertama, murid-murid dibawa menaiki roller coaster menuju ke pintu masuk. Kemudian, mereka bergerak ke stesen pertama, “Jom Belajar”, di mana definisi dan jenis-jenis kata arah diperkenalkan bersama contoh ayat. Seterusnya, murid-murid beralih ke stesen kedua, “Jom Menonton Video”, dan stesen ketiga, “Jom Dengar Lagu”, yang bertujuan untuk memperkukuh pemahaman mereka. Akhir sekali, mereka menuju ke stesen keempat, “Aktiviti Uji Minda dan Aktiviti Bermain”, yang dibahagikan kepada tiga tahap kesukaran untuk menguji penguasaan mereka terhadap kata arah. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan, iaitu daripada 20% hingga 30% dalam ujian pra kepada 100% dalam ujian pasca. Penilaian produk, kepuasan pengguna, dan peningkatan pengetahuan pengguna mencatatkan min keseluruhan yang tinggi, masing-masing 4.87, 4.88, dan 4.85 menunjukkan keberkesanan yang sangat tinggi. Kos inovasi ini ialah RM0 kerana penyelidik menggunakan aplikasi digital untuk menghasilkan inovasi. Inovasi ini telah dipatenkan di bawah hak cipta, iaitu MyIPO: CRLY2024Q02334. Kesimpulannya, penggunaan produk inovasi digital ini terbukti amat berkesan dalam mengatasi masalah penguasaan kata arah dalam kalangan murid-murid.
- Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
- Innovation in Learning & Teaching
- INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
- Malaysia
- TEO BOON SIAN
- SJK (C) CHUNG HUA UNDOP
- CHIN NGIEN SIONG