AI PEAR PRO
Inovasi AI PEAR PRO ini dibangunkan khusus bagi membantu murid dan guru dalam menjalani proses PdPC Matematik bagi topik Pelan & Dongakan dengan lebih efektif dan bermakna melalui bantuan teknologi Augmented Reality (AR). Inovasi AI PEAR PRO juga adalah selaras dengan tema Revolusi Industri (IR 4.0) yang dilihat semakin rancak berkembang dalam negara kita. Inovasi AI PEAR PRO ini dibangunkan dalam bentuk perisian aplikasi yang boleh digunakan pada gajet mudah alih seperti telefon pintar atau tablet. Ianya mudah digunakan kerana bersifat mesra pengguna disamping menerapkan elemen yang mesra alam sekitar.
Inovasi AI PEAR PRO ini tercetus apabila melihat para guru yang mengajar topik Pelan & Dongakan ini sering mengalami kesukaran untuk menerangkan kepada murid bagaimana untuk melukis imej bagi pelan, dongakan sisi dan dongakan depan bagi suatu objek berbentuk 3 dimensi. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan juga adalah terhad dan dilihat masih gagal membantu murid untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik yang dipelajari. Murid pula kebanyakannya tidak dapat menggambarkan imej-imej tersebut dengan betul dan sempurna. Apa yang membimbangkan adalah topik ini kebiasaannya akan ditanya di dalam peperiksaan SPM dan menawarkan markah yang agak tinggi. Maka sudah tentu murid akan rugi dari aspek pemarkahan jika tidak dapat melukis imej yang betul memandangkan topik ini biasanya tidak memerlukan jalan pengiraan atau kaedah penyelesaian yang kompleks.
Menyedari hakikat bahawa perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan, maka kami telah membangunkan inovasi yang memudahkan guru dan murid untuk menguasai topik Pelan & Dongakan ini dengan betul, mudah dan berkesan.
- Star Innovators (Secondary and primary school students)
- Innovation in Learning & Teaching
- INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
- Malaysia
- AZMIE BIN AHMAD
- SMA REPAH
- AFAF UMAIMAH BINTI MOHD MUBARRAK
- SMA REPAH
- NUR HANNAN AWATIF BINTI MOHD HANEEF
- SMA REPAH
- SHEAZIA EN NUR BINTI LOKMAN HAKIM
- SMA REPAH
- SITI NURAISYA HUMAYRAA BINTI REZA ADHA
- SMA REPAH

