Empayar Empat Domain: Kekayaan dan Penaklukan

 Empayar Empat Domain: Kekayaan dan Penaklukan

Pengajaran topik kewangan dalam Matematik sering menjadi cabaran kerana konsep seperti simpanan, pelaburan dan pengiraan faedah adalah bersifat abstrak kepada murid sekolah rendah. Murid memerlukan pendekatan yang lebih kontekstual dan interaktif untuk mengaitkan pengetahuan dengan situasi kehidupan sebenar.

Bagi menjawab cabaran ini, Empayar Empat Domain dibangunkan sebagai satu inovasi permainan papan pendidikan yang menggabungkan unsur naratif fantasi, strategi permainan, dan aplikasi pengiraan kewangan dalam pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Permainan ini direka berasaskan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi menggalakkan murid memahami konsep simpanan, pelaburan, faedah simpanan tetap dan simpanan biasa melalui simulasi interaktif. Kaedah ini bukan sahaja mengukuhkan pemahaman konsep matematik, tetapi juga mengasah kemahiran membuat keputusan dan strategi.

  • Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
  • Innovation in Learning & Teaching
  • INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
  • Malaysia
  • NG XIANG LOONG
  • SJKC KHEA WAH
  • ALICE YEW YONG LE
  • SJKC KHEA WAH
  • LAI YEE HAN
  • SJKC KHEA WAH
  • LEE ZHENG XIAN
  • SJKC KHEA WAH
  • ONG WEI LIANG
  • SJKC KHEA WAH