i-IMPAK
Projek i IMPAK (Instruksional Monitoring, Planning & Analytic Kit) merupakan inovasi pengurusan instruksional sekolah berasaskan digital bagi menyelaras pemantauan, perancangan dan analisis keberkesanan PdP. Projek ini dibangunkan untuk mengatasi cabaran utama sekolah seperti ketidakhadiran guru mendadak, pertindihan aktiviti, ketiadaan data keberadaan guru secara real-time serta pelaksanaan pencerapan PdP tanpa analisis data terstruktur. Keadaan ini sering menjejaskan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan kualiti PdP.
Kebanyakan sekolah masih bergantung pada kaedah manual yang tidak terintegrasi, menyukarkan pentadbir membuat keputusan segera. Justeru, i IMPAK hadir sebagai ekosistem digital dengan tujuh komponen utama: i-Timetable, i-Attend, i-Track, i-Modul R, i-Sync, i-Cerap, i-Impact serta satu bonus site bersepadu VIP. Setiap modul direka menggunakan Google Form, Google Drive, Looker Studio dan Appsgeyser agar mesra pengguna dan mudah diakses.
Antara fungsi utama termasuk: merekod kehadiran dan pergerakan guru (i-Attend & i-Track), menyediakan bahan PdPc gantian yang terancang (i-Modul R), menyusun takwim sekolah secara bersepadu tanpa pertindihan (i-Sync), melaksanakan pencerapan PdPc digital dengan analisis skor (i-Cerap), serta memaparkan data kemenjadian murid secara holistik meliputi akademik, kehadiran dan sahsiah (i Impact). Sistem ini turut memberi notifikasi automatik jadual ganti bagi memastikan kelas tidak terganggu.
Pelaksanaan i-IMPAK bukan sahaja mengukuhkan budaya kerja berasaskan data, malah meningkatkan keberkesanan pengurusan instruksional, menjamin masa PdP, serta membantu sekolah merangka intervensi tepat untuk kemenjadian murid. Kesimpulannya, i-IMPAK mencerminkan komitmen sekolah dalam mentransformasikan pentadbiran, bergerak seiring teknologi dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI.
- Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
- Science & Technology
- INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
- Malaysia
- SULASTERI BINTI HAIRODIN
- SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA
- NAJIHA BINTI JIMIRIN
- SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA
- FAZIANA BINTI IDRIS
- SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA