MANCA

 MANCA

Kemahiran membaca merupakan komponen asas yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Tahap 1. Walau bagaimanapun, pemerhatian di dalam kelas menunjukkan sebahagian murid masih lemah dalam ejaan, sekaligus menjejaskan kelancaran membaca. Permainan MANCA diperkenalkan sebagai inovasi pembelajaran berasaskan permainan yang menyokong penguasaan murid dalam kemahiran bertutur, membaca, dan menulis. Permainan ini mengintegrasikan unsur permainan papan dan kad tugasan yang menyeronokkan untuk membantu murid membaca, menulis dan menyebut perkataan dengan betul. Objektif utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan penguasaan literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahap 1. Kaedah pelaksanaan melibatkan murid untuk bermain secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan dan melaksanakan tugasan yang terdapat pada kad tugasan. Hasil inovasi ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran membaca, murid melibatkan diri secara aktif, dan peningkatan keyakinan diri. Penambahbaikan inovasi yang dicadangkan termasuk menambah topik lain yang terkandung dalam KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 dan mengintegrasikan teknologi seperti QR code atau aplikasi mudah alih versi digital. Secara keseluruhannya, permainan MANCA berupaya menjadi bahan bantu belajar yang efektif dan menyeronokkan dalam meningkatkan penguasaan literasi bahasa Melayu secara menyeluruh dalam kalangan murid.

 

Kata Kunci: permainan, membaca, interaktif, literasi bahasa Melayu

  • Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
  • Innovation in Learning & Teaching
  • INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
  • Malaysia
  • NURUL AMIRA BINTI JOHARI
  • SK KOTA WARISAN