21th June 2025
21th June
Dr. Goh Kok Ming
Jenis dan Aspek Penjurian Inovasi
Webinar ini akan membincangkan pelbagai jenis pertandingan inovasi serta kriteria utama dalam proses penjurian. Peserta akan didedahkan kepada aspek-aspek penting seperti kreativiti, impak, kebolehpasaran, dan keberkesanan pelaksanaan inovasi, selaras dengan amalan terbaik dalam penilaian inovasi peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dr. Fadzil Hanid
Taklimat Pertandingan
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan menyeluruh mengenai format, syarat penyertaan, tema utama, dan kriteria penjurian bagi Pertandingan DaVinci`25. Peserta akan memperoleh panduan jelas untuk penyediaan bahan inovasi serta peluang bertanya soalan secara langsung kepada penganjur.
19th July 2025
5th July
Ts. Dr. Fadzil Hanid
Penulisan Artikel SLR dengan Bantuan alat AI dan terbit di Jurnal RISE
Bengkel ini membimbing peserta langkah demi langkah dalam penulisan artikel Systematic Literature Review (SLR) yang berkesan menggunakan bantuan alat AI terkini. Peserta turut didedahkan kepada garis panduan penerbitan dalam Jurnal RISE, termasuk format, etika penulisan, dan proses semakan. Sesuai kepada peserta yang ingin menerbitkan artikel.
26th July 2025
19th July
Ts. Ashraf Naim
Video AI : Mudah, Pantas & Kreatif!!
Webinar ini akan membongkar bagaimana teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menjana video secara automatik dengan pantas dan kreatif. Ketahui aplikasi terkini, alatan percuma, serta potensi AI dalam bidang pendidikan, pemasaran dan kandungan digital.
16th August 2025
16th August
Ts. Fadzli Ishak
Boost Pembelajaran Anda dengan Microsoft Learning Accelerators!
Webinar ini memperkenalkan Microsoft Learning Accelerators – satu set alat pengajaran berkuasa yang direka untuk mempercepatkan pembelajaran pelajar melalui penyesuaian, pemantauan kemajuan, dan maklum balas masa nyata. Ketahui bagaimana pendidik boleh mengoptimumkan proses pengajaran dan penilaian dengan teknologi Microsoft yang terkini.