BINGO-B
Bingo-B merupakan satu alat permainan Matematik yang dibangunkan dalam konsep permainan bingo selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Inovasi ini telah mengalami beberapa perubahan dari aspek prototaip yang dibina. Pada asalnya ia dibina menggunakan kertas putih dan kertas warna dengan pita velkro. Tetapi inovasi ini ditambahbaik dengan menggantikan kertas warna dengan butang warna supaya boleh tahan lama. Petak nombor yang ada pada Bingo-B ini boleh dipelbagaikan mengikut nilai sifir. Jadi semua murid dari tahap 1 dan tahap 2 boleh menggunakan inovasi ini. Inovasi ini dibangunkan dengan tujuan meningkatkan motivasi murid untuk menghafal sifir secara permainan selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Bingo-B ini dibangunkan secara kreatif bagi menarik minat murid untuk menghafal sifir. Inovasi ini berkonsepkan permainan dan aktiviti ‘hands on’. Kelebihannya ialah inovasi ini mudah dibawa dan murid seronok bermain dengan memutar roda nombor yang ada pada Bingo-B ini. Hasil dapatan menunjukkan Bingo-B berjaya menarik minat murid untuk menghafal sifir untuk bermain Bingo-B. Selain itu, Bingo-B membantu murid berfikir secara kritis untuk mencari nombor yang perlu didarab untuk dapatkan jawapan. Kos penyediaan produk ini juga murah dan bersesuaian dengan semua golongan masyarakat.
- Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
- Innovation in Learning & Teaching
- INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
- Malaysia
- BAVANI A/P SHAGARAN
- SK SERI BAYU
