FracFly

 FracFly

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar sangat penting dalam membantu guru-guru untuk memastikan objektif pengajaranya berjaya dicapai. Inovasi ‘FracFly’ merupakan satu inovasi produk yang dibangunkan untuk mengajar penambahan dan penolakan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Inovasi ini diubahsuai dari kaedah ‘butterfly’ yang sedia ada. Pada asalnya ‘FracFly’ ini menggunakan kertas putih sahaja. Selepas itu, produk ini telah ditambahbaik dengan menggunakan warna. Murid dapat belajar dengan sendiri menggunakan bahan bantu belajar ini. Inovasi ini mengalami beberapa perubahan bagi menarik minat murid mempelajari matematik selaras dengan pendidikan abad ke-21. Semua golongan murid dapat menggunakan produk ini sebagai alat pembelajaran tanpa membelanjakan wang yang banyak. Produk ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu kos penyediaan yang murah, mudah dibawa ke mana-mana dan kegunaanya boleh dipelbagaikan untuk mempelajari tambah dan tolak. Ia berpusatkan murid. Ia juga mudah digunakan dalam bimbingan rakan sebaya. Produk ini boleh disediakan oleh ibu bapa atau guru kerana bahan untuk membinanya hanya melibatkan kertas,warna dan kertas laminate. Murid seronok menggunakan ‘FracFly’ ini kerana penggunaan warna dalam ‘FracFly’ membantu murid menjawab dengan tepat dan cepat. Nama FracFly terhasil daripada gabungan perkataan Fraction(pecahan) + dragonfly(bentuk pepatung)= FracFly

  • Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
  • Innovation in Learning & Teaching
  • INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
  • Malaysia
  • BAVANI A/P SHAGARAN
  • SK SERI BAYU