MPLUS (Mudah dan Pantas Lulus KBAT Sejarah)

MPLus

(Mudah & Pantas Lulus KBAT Sejarah)

 

NORALIZAH BINTI EDRUS

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang

g-********@********du.my

 

ABSTRAK

Inovasi MPLus ini dihasilkan berdasarkan teknik nota ringkas, menarik dan mudah alih untuk kemudahan murid. Fokus utama penghasilan inovasi ini adalah untuk membantu murid menjawab soalan jenis KBAT dengan mudah apabila memahami kata kunci soalan. Di samping itu, inovasi ini mampu menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah, memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menggembirakan agar objektif pembelajaran tercapai. Seramai 38 orang murid tingkatan 2 Cekap, SMK Datuk Peter Mojuntin terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah refleksi pembelajaran murid. Dapatan kajian berdasarkan perlaksanaan inovasi dengan membandingkan ujian pra dan ujian pos menunjukkan tahap pemahaman murid terus menunjukkan perkembangan positif selepas pengaplikasian inovasi ini di dalam PdPc yang mana peratusan murid lulus bahagian KBAT melonjak kepada 100%. Ini dapat dilihat melalui pencapaian gred purata murid sebelum pengaplikasian inovasi ini adalah E dan dengan adanya bahan bantu mengajar ini gred purata meningkat kepada gred B secara kesuluruhannya. Tuntasnya, inovasi MPLus ini relevan dan telah membantu meningkatkan tahap penguasaan murid berkaitan soalan KBAT yang dinilai berdasarkan hasil kerja murid (penulisan) disamping menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Kata kunci: tahap penguasaan, KBAT, Kata kunci, menyeronokkan, menarik

  • Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
  • Innovation in Learning & Teaching
  • INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
  • Malaysia
  • NORALIZAH BINTI EDRUS
  • SMK DATUK PETER MOJUNTIN, SABAH, MALAYSIA
  • NORALIZAH BINTI EDRUS