VIRTUAL LAB RAT SIMULATION (VLRS)

Penggunaan teknologi dan literasi digital dalam bidang biologi memainkan peranan utama dalam pemahaman teori dan amali. Sejak pandemik Covid-19, sistem pendidikan Malaysia hampir beralih kepada kaedah pembelajaran dalam talian. Pembedahan tikus makmal secara tradisional menjadi kaedah utama dalam amali biologi namun menimbulkan isu kos yang tinggi bagi pembelian tikus. Menyedari cabaran ini, inovasi Virtual Lab Rat Simulation (VLRS) dibangunkan sebagai platform interaktif bagi pembelajaran alternatif maya dan mudah diakses untuk mempelajari anatomi tikus dengan berlandaskan model ADDIE. VLRS direka bentuk menggunakan platform Scratch dan Canva. Selain itu, VLRS dilengkapi dengan fitur-fitur yang menarik untuk meningkatkan pemahaman dan potensi pelajar meneroka simulasi pembedahan yang menarikĀ  serta modul kuiz interaktif bagi menguji pelajar. Dapatan daripada pensyarah menunjukkan bahawa VLRS berpotensi untuk mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tikus dalam amali yang dijalankan. Sebanyak 96.7% menyatakan VLRS membantu para guru dan pelajar memahami asas pembedahan. Selain itu sebanyak 89.5% dapatan pelajar menyatakan VLRS sebagai bahan inovasi yang selaras dengan Dasar Pendidikan Digital Kebangsaan seterusnya dapat meningkatkan daya tarikan semasa sesi pengajaran. VLRS ini boleh digunakan oleh pelajar ataupun pensyarah di dalam mahupun di luar kelas dan boleh digunakan di mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Inovasi ini sesuai digunakan di peringkat Matrikulasi, Tingkatan 6 dan Asasi Sains. Inovasi VLRS mampu mempelbagaikan kaedah pedagogi dikalangan pensyarah Biologi dengan membantu meningkatkan kefahaman pelajar di samping menarik minat pelajar untuk meneroka pembelajaran kendiri.

  • Diamond Innovators (Professionals, academics, and industry)
  • Innovation in Learning & Teaching
  • INNOVATION PRODUCT (For innovators who already have innovation products to compete)
  • Malaysia
  • AZUIN BINTI AZIZ
  • KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
  • ZULKEFLI BIN SHAHRUDDIN

Pensyarah Kanan Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.